Khamis, Februari 18, 2010

Cinta yang buta...

Cinta itu fitrah manusia. Cinta itu anugerah Illahi. Cinta itu tidak boleh ditolak. Jatuh cinta itu indah. Pabila kita mencintai...kita menyukai, kita menyayangi, kita mengasihi. Luh Mahfuz tercatit segala-galanya. Apa yang kita cintai, kita lakarkan memori dalam hati. Kita cuba abadikan segalanya dalam diari kehidupan kita yang semakin singkat.