Khamis, Oktober 07, 2010

~PeNgALaMaN yAnG cUkUp bErMaKnA~

A very fine morn I had with some knowledge I've earned from someone...

Antara kata-katanya:
>Kalau bangun pagi, tanpa gosok gigi, hadap kiblat, pegang air mineral then berdoa "Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah...dengan air yang Kau kurniakan ini, Kau sembuhkanlah segala penyakit ku, amin!" then teguk seteguk, kumur2 pastu baru telan. InsyaAllah...banyak kebaiknnya. Ni pun antara petua awet muda tau.
>Kalau plan nak gi jog tapi tiba-tiba hujan...tengok dulu ada tak burung yang terbang? Kalau ada burung-burung yang berterbangan di langit...maknanya hujan tu bagus. Sebaik2nya ditadah untuk dibuat mandi. Tapi, berdoalah dulu demi menyembuh penyakit. InsyaAllah.
>Paksa hati untuk mendisplinkan diri dan bukan otak mendisplinkan diri. Kerana sesungguhnya otak ini pandai menipu. "...seketul daging bernama hati. Baiknya hati maka baiklah semuanya. Jika gelap hati maka buruklah segalanya..."
>Rajinkan diri untuk minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter satu hari (part ni yang paling susah untuk aku buat...huhuhuhuhu). Pastikan membaca doa "Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah...dengan air yang Kau kurniakan ini, Kau sembuhkanlah segala penyakit ku, amin!" InsyaAllah...air akan menjadi ubat yang terbaik. Sebaik-baiknya minum air mineral dan bukan air masak mati (kosong mineral).
>Bagi pesakit buah pinggang sudah sedia maklum mereka tidak boleh minum banyak air. Maka gantikan air minum menjadi air mandi. InsyaAllah...air meresap ke kulit dan bertindak sebagai pngubat. Jangan lupa untuk berdoa seperti di atas. Dan sebaik2nya...selawatlah sekali.
>Jadilah seorang yang mesra, peramah dan sentiasa gembira. Senyuman merupakan kunci kepada awet muda...InsyaAllah.

Ni hanya sebahagiaannya. Ada banyak lagi. Aku bersyukur sangat.

Ini rezeki ku...Alhamdulillah. (^^)

Tiada ulasan: