
Huaaa...~Tak apa, lepas ni...semuanya akan aku warkahkan dalam blog ni. Buat tatapan aku sebagai ingatan terutamanya. Aku tidak mengharapkan yang lain membaca kerana kehidupan aku hanya sederhana dan tiada indahnya.

New air to breathe! My topic for today. Kenapa? Haa...~kerana kini aku ingin hidup semula. Aku ingin tinggalkan aku yang dulu. Aku ingin lupa semua perkara yang menyakitkan, semua perkara yang membebankan, semua perkara yang melalaikan. Dulu, sekarang pun aku masih jahat...aku akui. Terlalu mengejar keseronokan yang ternyata tak seronok pun. Terlalu mengejar taksub terhadap dunia tanpa memikirkan kehidupanku yang kemudiannya. Terlalu menurut hawa nafsu yang hanya membinasakan. Ya Allah, bersalahnya aku!

Andai nyawaku di tarik saat ini...neraka tempatku. Ya Rabb, aku takut!!!Disaat aku hanyut, ternyata hanya Dia yang ada menarikku ke darat.
Disaat aku goyah, ternyata hanya Dia yang menguatkan jiwaku.
Disaat aku menangis, ternyata hanya Dia yang menghilangkan resahku.
Disaat aku sendiri, ternyata hanya Dia peneman setiaku.
Disaat aku hilang, ternyata hanya Dia penerang sanubariku.
Itulah Dia, Allah yang satu.
Yang Maha Esa.
Yang Maha Pengasih.
Yang maha Penyayang.
Yang Maha Mendengar.
Yang Maha Memahami.
Tidak pernah meninggalkan sisi ku walaupun dosa aku sebanyak pepasir di pantai.
Bukan Dia tidak pernah tunjuk padaku ketidakindahan dunia...
Banyak!
Tapi aku sendiri buta!
Masih ingin menurut nafsu hati yang kononnya masih muda.
Yang kemudian menyebabkan aku menangis sendiri.
Aku bodoh!
Selamat tinggal aku yang lama.

Assalamualaikum aku yang baru.Wajah kegembiraan~










Nanti kita jumpa lagi ea!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan