Alhamdulillah, I still breathe till this sec to be more grateful to Allah's magnificent creations. Aku pergi kerja mengikut jadual kerja yang telah ditentukan untukku. Setiap hari-hari yang aku tempuh semakin membahagiakan. Dengan kehadiran kawan serumahku...ternyata hidup kami penuh dengan gurau senda. Pada aku, kami lebih rapat seakan adik beradik. Harap dia berasa sedemikian.
Rumah kami~perasaan semakin seperti sebuah rumah. Kami pulang dan melihatkan sesuatu yang tenang setiap hari. Walaupun hanya menyewa tapi ia cantik seperti seadanya. Dapur juga semakin kerap berasap. Kami rajin memasak jika berpeluang (^,^) Pagi ini sahaja temanku itu memasak mee goreng. (Sedap tapi sedikit masin) Hehehehehehe~nak kahwinlah katakan~~
Semalam aku bertemu dengan sepasang suami isteri warga emas. Si isteri duduk di kerusi roda, suaminya pula yang menolak. Mereka nampak begitu mesra dan penuh dengan perasaan kasih sayang. Malah, mereka memakai baju yang sama corak dan warnanya. Romantisnya~ Wajah mereka saling mengukir senyuman.
Di wad aku pula, si ibu masuk wad seminggu yang lalu. Kasih sayang anak-anaknya terpancar pabila mereka bergilir-gilir menjaga ibu mereka yang sakit. Anak-anaknya ambil tahu tentang perkembangan kesihatan, makan minum dan ubatan ibu mereka. Sungguh aku terharu sangat. Mereka berbangsa Sikh. Nilai-nilai moral jelas ditunjukkan. Ibu hanya duduk. Kini, sudah tiba masanya jasa ibu mereka dibalas.
Kawan aku, dulu hidupnya dilanda badai seketika, kini mula menapak bahagia. Jelas dia mulai bahagia. Kini senyumnya indah. Wajahnya terpancar kegembiraan. Selamat Pengantin Baru kak. Walaupun ini perkahwinan akak yang kedua namun, doa aku semoga dia berbahagia dunia akhirat sentiasa bersamanya. Aku gembira untuknya. Aku mengerti. Kak, sungguh aku amat menyayangi mu kak. Akak selalu berada di sisi aku, mengajar aku untuk menghargai kehidupan yang singkat ini. Akak mengajar aku supaya jangan terlalu berkira. Apa yang berlaku, biarkan ia berlaku seadanya. Kalau orang menipu kita, biarkanlah kerana kita masih ada Allah yang menjaga kita. Akak juga mengajar supaya kita terus mencari kawan tanpa jemu kerana kawanlah suka duka kita sampai bila-bila. Biarpun nampak remeh namun akak tahu itulah yang menjadi runsingku saban waktu. Syukur, inilah penghargaan terindah buatku daripadaMu, Ya Rabb.
Segalanya indah. Biarpun badai melanda, ia sebenarnya menjadikan sesuatu itu lebih indah. Lihatlah ia dari pandangan yang tulus untuk mendapatkan sesuatu yang indah.~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan